CRPH tidak gentar hadapi junta Myanmar - Utusan Malaysia

CRPH tidak gentar hadapi junta Myanmar

MAHN WIN KHAING THAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Barisan kepemimpinan kerajaan demokrasi Myanmar berikrar untuk melakukan ‘revolusi’ bagi menamatkan rampasan kuasa oleh junta tentera negara ini.

Pemangku pemimpin kerajaan tersebut, Mahn Win Khaing Than yang kini bersembunyi bersama beberapa pemimpin kanan Parti Demokrasi Liga Kebangsaan (NLD) menyampaikan perkara itu menerusi Facebook kelmarin.

Itu adalah kemunculan pertama beliau sejak junta tentera menggulingkan kerajaan pimpinan parti tersebut sejak Februari lalu.

Sehingga kini, lebih 70 penunjuk perasaan terbunuh di Myanmar dalam beberapa siri protes menentang junta tentera.

Mahn Win Khaing Than dilantik sebagai pemangku timbalan presiden negara ini oleh Jawatankuasa Wakili Pyidaungsu Hluttaw (CRPH) yang berjuang untuk diiktiraf sebagai kerajaan sah pada minggu lalu.

CRPH mengumumkan hasrat mereka untuk membentuk kerajaan demokrasi dan barisan pemimpinnya sudah mengadakan pertemuan dengan organisasi etnik bagi mendapatkan sokongan.

“Revolusi ini menjadi peluang untuk kita meletakkan semua usaha dan membentuk negara demokrasi yang maju,” ujarnya.

Junta tentera tidak mengiktiraf CRPH dan menegaskan mana-mana pihak terlibat dalam badan tersebut boleh didakwa atas kesalahan berpaling tadah yang membawa hukuman mati. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×