BEIJING: Rancangan China untuk melakukan reformasi pilihan raya di Hong Kong adalah bertujuan ‘menghentikan ketidakstabilan di wilayah separa autonomi tersebut’.
Hong Kong berdepan dengan beberapa siri tunjuk perasaan ganas pada 2019 sebagai bantahan terhadap campur tangan China.
Sejak itu, pihak berkuasa Beijing menahan puluhan aktivis demokrasi wilayah berkenaan di bawah undang-undang keselamatan yang diperkenalkan sejak tahun lalu.
Pegawai di Pejabat Hal Ehwal Hong Kong dan Macau, Zhang Xiaoming memaklumkan ‘kekecohan’ yang berlaku sejak beberapa tahun lalu menunjukkan sistem piliha raya Hong Kong banyak kelemahan.
“Masalah yang berlaku di Hong Kong ketika ini adalah disebabkan oleh politik dan apa yang dilakukan sekarang jelas bertujuan memulihkan semula keadaan di wilayah tersebut,” katanya.
Selain itu, Xiaoming menegaskan ‘pelbagai pandangan dan suara’ akan masih dapat didengar di dalam kerajaan Hong Kong.
“Apa yang China lakukan ketika ini hanyalah langkah minimal untuk ‘merawat luka yang dalam’ dan sudah pasti kita akan dapat merawatnya,” ujarnya. – AFP










