Bela tikus Belanda untuk dimakan - Utusan Malaysia

Bela tikus Belanda untuk dimakan

SEBANYAK 14 tikus Belanda dibela dan dibiarkan berkeliaran secara bebas sebelum dibunuh untuk mendapatkan dagingnya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Sepasang suami isteri dilaporkan membela tikus Belanda bagi mendapatkan bekalan daging untuk dimakan.

Lapor Daily Mail, Rees dan Col Campbell menternak tikus berkenaan di kawasan seluas satu ekar yang terletak di Wynyard, barat laut Tasmania sejak lima tahun lalu.   

“Sudah tentu bukan semua orang bersetuju membela tikus Belanda kemudiannya membunuh haiwan itu untuk mendapatkan dagingnya.

“Tetapi, jika kita mahu makan daging, maka tikus Belanda merupakan bekalan daging yang sangat lestari untuk dihasilkan,” kata Campbell. 

Campbell juga menggambarkan tindakan itu sebagai cara pemakanan daging yang lebih baik dengan menyatakan tikus Belanda tidak mengeluarkan metana dan hanya makan sisa taman serta tidak merosakkan alam sekitar berbanding haiwan lain. 

Katanya, amalan makan tikus Belanda bukan sesuatu yang luar biasa di seluruh dunia malah penduduk Amerika Latin dan Indonesia paling banyak menikmati daging haiwan tersebut.

Pasangan itu membina sebuah taman yang berpagar agar tikus Belanda itu boleh berkeliaran dengan bebas.

Ketika ini, terdapat 14 ekor tikus Belanda yang dibela di hartanah tersebut.

Mereka juga menjual beberapa tikus Belanda sebagai haiwan peliharaan selepas baru dilahirkan dan membela yang lain agar dapat memakannya apabila sudah membesar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×