Bashar Al-Assad, isteri positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Bashar Al-Assad, isteri positif Covid-19

PEMIMPIN diktator, Bashar Al-Assad dan isterinya, Asma memakai pelitup muka semasa pandemik Covid-19, November tahun lalu. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMASCUS: Presiden Syria, Bashar Al-Assad dan isteri, Asma disahkan positif Covid-19, menurut kenyataan pejabatnya yang disiarkan Agensi Berita Arab Syria (Sana).

Kedua-dua mereka menunjukkan simptom awal wabak itu sebelum menjalani ujian pengesahan jangkitan tersebut.

Pejabat presiden itu memaklumkan, Bashar, 55, berada dalam keadaan sihat dan stabil.

Beliau dan isterinya, akan menjalani kuarantin di rumah selama dua hingga tiga minggu sebelum kembali bekerja.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari sebelum ulang tahun ke-10 pemberontakan terhadap rejim pemerintahan Assad yang bermula selepas insiden pihak berkuasa menculik dan menyeksa sekumpulan kanak-kanak yang dituduh memasang grafiti antikerajaan di bandar Daraa.

Sokongan masyarakat terhadap penyeksaan kanak-kanak itu mendorong pemberontakan besar-besaran terhadap pemerintahan diktator selama beberapa dekad sehingga hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.