Argos bayar RM3.2 juta kepada pelanggan - Utusan Malaysia

Argos bayar RM3.2 juta kepada pelanggan

SEMUA pelanggan yang terkesan akan mendapat bayaran semula dalam bentuk baucar e-kad bernilai 5 pound. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Syarikat jualan runcit, Argos akan melakukan pembayaran semula sebanyak 570,000 pound (RM3.2 juta) kepada 114,000 pelanggan selepas melanggar syarat mengenai jaminan waranti yang sudah melebihi tempoh setahun. 

Lapor Daily Mail, syarikat yang dimiliki oleh Sainsbury itu melanggar perjanjian kerana gagal memberi peringatan kepada pembeli mengenai pilihan untuk membeli belah tersebut.  

Semua pelanggan yang terkesan akan mendapat bayaran semula dalam bentuk baucar e-kad 5 pound (RM28) serta akan dihubungi oleh Argos selepas campur tangan pemerhati Pihak Berkuasa Persaingan dan Pasaran. 

Lanjutan waranti membenarkan pelanggan membayar bagi meningkatkan dan melanjutkan perlindungan semasa membeli produk, yang mempunyai perlindungan lebih baik berbanding jaminan biasa. 

Pada 2012, Argos berjanji untuk memberikan pautan laman web perbandingan harga semasa menawarkan lanjutan waranti bagi produk elektrik tempatan secara dalam talian. 

Tujuan perjanjian itu supaya pelanggan boleh membandingkan harga jaminan itu serta mendapatkan harga terbaik dari syarikat lain. 

Pelanggaran perjanjian itu melibatkan jualan sebanyak 414,578 waranti lanjutan dan 114,002 pelanggan dengan ‘Penjagaan Kerosakan’ yang boleh mendapatkan tawaran lebih murah. 

Syarikat itu akan menghubungi semua pelanggan yang terlepas peluang mendapatkan harga lebih rendah dan memberikan peluang membatalkan lanjutan waranti. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN