Alaska tawar vaksin untuk remaja 16 tahun - Utusan Malaysia

Alaska tawar vaksin untuk remaja 16 tahun

SEBUAH pesawat di Birch Creek, Alaska bersedia membawa penumpang untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Februari lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANCHORAGE: Alaska menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat (AS) yang memberikan suntikan vaksin Covid-19 terbuka kepada individu berumur 16 tahun dan ke atas. 

Lapor Reuters, situasi itu sekali gus menghapuskan keperluan kelayakan bagi penduduk yang bekerja dan tinggal di sana dan perkara tersebut diumumkan oleh Gabenor Mike Dunleavy.

Alaska yang mempunyai 730,00 penduduk merupakan negeri AS paling berjaya dalam pelaksanaan program vaksinasi dan berdasarkan data Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC), lebih satu pertiga penduduknya sudah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan. 

Beberapa daerah di Alaska juga sudah mencapai tahap 90 peratus vaksin melibatkan orang dewasa. 

Banyak negeri berdepan cabaran melaksanakan vaksinasi kerana keperluan berbeza, sementara, ada beberapa negeri lain mengawal pemberian vaksin kepada golongan dewasa berusia 65 tahun ke atas serta individu dalam kumpulan berisiko tinggi. 

Vaksin yang dihasilkan oleh Moderna dan Johnson&Johnson diluluskan bagi individu berusia 18 tahun dan ke atas, tetapi golongan muda di Alaska boleh menerima vaksin Pfizer. 

Menurut CDC, sehingga Selasa lalu, lebih 127 juta dos vaksin Covid-19 diedarkan di AS dan 95.7 juta suntikan dilakukan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN