Moderna uji vaksin pada kanak-kanak - Utusan Malaysia

Moderna uji vaksin pada kanak-kanak

MODERNA melakukan kajian keberkesanan vaksin Covid-19 terhadap kanak-kanak berusia enam bulan hingga 11 tahun di Amerika Syarikat dan Kanada. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASSACHUSETTS: Moderna Inc. memulakan kajian keberkesanan vaksin Covid-19 keluarannya terhadap 6,750 kanak-kanak berusia enam bulan hingga 11 tahun di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Lapor The Wall Street Journal, syarikat farmaseutikal itu sudah pun memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada kumpulan pertama kanak-kanak yang terlibat.

Usaha itu juga dijalankan dengan kerjasama Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan serta Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia.

Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel berkata, kajian pediatrik ini akan membantu firma tersebut mengenal pasti potensi selamat dan tahap imunisasi vaksin Covid-19 terhadap populasi muda.

Kumpulan pegawai kesihatan persekutuan menyatakan, sekiranya kajian tersebut menunjukkan hasil positif, golongan pelajar sekolah menengah boleh menerima suntikan vaksin pada musim luruh tahun ini dan diikuti dengan murid sekolah rendah pada awal 2022.

Pihak berkuasa AS memaklumkan jika suntikan vaksin tersebut selamat dan berkesan untuk digunakan oleh kanak-kanak, kadar jangkitan Covid-19 dapat dikawal dengan lebih meluas.

Walaupun risiko dijangkiti Covid-19 yang teruk adalah rendah dalam kalangan kanak-kanak berbanding dewasa, wabak itu masih boleh menyebabkan golongan itu dimasukkan ke hospital dan kematian.

Pakar perubatan, Dr Tina Q. Tan berkata, ujian vaksin terhadap kanak-kanak berusia seawal enam bulan adalah penting kerana terdapat bayi dan kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian boleh menyebarkan virus Covid-19. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya