27 maut bas terhumban dalam gaung - Utusan Malaysia

27 maut bas terhumban dalam gaung

SEBUAH bas terhumban ke dalam gaung dipercayai kerana mengalami kegagalan brek di Sumedang, Jawa Barat, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan 39 terselamat dalam kemalangan melibatkan sebuah bas penumpang di Sumedang, Jawa Barat kelmarin.

Lapor Kompas.com, sebanyak 66 penumpang yang merupakan rombongan Sekolah Menengah Al Muawwanah menaiki bas tersebut yang dalam perjalanan dari Pimjahan, Tasikmalaya menuju ke Subang melalui Wado, Sumedang.

Seorang daripada penumpang, Mimin Mintarsih menceritakan, ketika dalam perjalanan, penumpang meminta pemandu bas menghentikan kenderaan kerana mereka tercium bau hangit seperti kesan brek.

“Selepas diberitahu, pemandu memaklumkan brek bas itu gagal berfungsi sebelum bas mula hilang kawalan dan terhumban ke dalam gaung.

“Saya dapat lihat penumpang tercampak keluar dan antara mereka yang menjerit ‘Allahuakbar’,” katanya.

Mimin memberitahu dia dapat merangkak keluar dan mencari dua anaknya.

Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan yang menyertai operasi mencari serta menyelamatkan penumpang, Waslim memaklumkan pemandu bas tersebut turut terkorban.

Katanya, kebanyakan penumpang tersepit di celah kerusi dan berjaya mengeluarkan sebahagian daripada mereka.

“Setakat ini, seramai 18 penumpang cedera dan operasi mencari akan diteruskan.

“Memang kemalangan sering berlaku di kawasan ini kerana jalannya yang berliku, selain mungkin pemandu kurang mahir dengan keadaan jalan ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×