UK jual kit ujian Covid-19 guna sampel air liur  - Utusan Malaysia

UK jual kit ujian Covid-19 guna sampel air liur 

KIT ujian Covid-19 menggunakan sampel air liur dijual di pasaran. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Syarikat berasaskan kesihatan dan kecantikan, Superdrug menjual kit ujian Covid-19 menggunakan air liur yang didapati sama tepat seperti ujian calitan yang digunakan pihak kerajaan. 

Lapor Daily Mail, kit berharga 120 pound (RM679) sudah berada di pasaran dan dijual di kedai tepi jalan serta secara dalam talian. 

Kit itu hanya mengambil masa selama dua hingga tiga hari bagi mengetahui keputusan dan dimasukkan ke dalam kes harian Public Health England serta maklumat berkaitan kes positif dihantar secara automatik ke sistem ujian dan pengesanan NHS. 

Ujian Superdrug merupakan ujian air liur pertama disediakan di United Kingdom yang lebih selesa berbanding dilakukan di bahagian hidung atau tekak. 

Ini kerana, ujian itu tidak menyakitkan dan bebas daripada masalah kerana individu hanya perlu meludah ke dalam tiub tersebut. 

Ujian itu dihasilkan menerusi kajian makmal yang dikenali sebagai RT-PCR iaitu menyamai piawaian utama prosedur yang digunakan untuk kaedah calitan. 

Superdrug malah memaklumkan tiada halangan umur melakukan ujian itu, tetapi kanak-kanak perlu dipantau oleh orang dewasa bagi memastikan sampel diperolehi dengan baik. 

Selepas meludah air liur ke dalam tiub tersebut, individu hanya perlu memasukkan kod unik secara dalam talian dan menghantar sampel mereka dalam sampul yang selamat dan bertanda Surat Diraja. 

Sampel itu kemudian dihantar ke syarikat yang bertapak di London, Makmal Chromatics yang melakukan uji kaji terhadap sampel tersebut sebagai bukti sekiranya terdapat unsur genetik Covid-19. 

Sampel air liur lebih mudah bagi individu melakukan ujian terhadap diri mereka sendiri kerana ujian calitan di hidung tidak selesa dan sekiranya tidak dilakukan dengan betul akan menyebabkan keputusan tidak tepat. 

 

 

  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya