Tiger Woods cedera dalam kemalangan kereta - Utusan Malaysia

Tiger Woods cedera dalam kemalangan kereta

KEADAAN kereta yang dipandu Tiger Woods selepas kemalangan di Rolling Hills Estates, California. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pemain golf terkemuka, Tiger Woods dikejarkan ke hospital selepas terlibat dalam satu kemalangan kereta, kata Pejabat Sheriff Los Angeles County.

Menurut ejen pemain itu dalam satu kenyataan, Woods yang memandu bersendirian, berjaya dikeluarkan daripada kereta yang remuk oleh anggota bomba dan paramedik.

Jelas kenyataan itu, Woods mengalami beberapa kecederaan di bahagian kakinya.

“Beliau kini menjalani pembedahan dan kami mengucapkan terima kasih atas sokongan anda semua,” kata Mark Steinberg.

Woods dibawa ke sebuah hospital tempatan untuk rawatan.

Kemalangan yang berlaku berhampiran Los Angeles tidak membabitkan kenderaan lain.

Beberapa imej yang disiarkan di televisyen menunjukkan kereta berada di tepi jalan dengan bahagian depan kereta itu mengalami kerosakan teruk. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya