Tiga maut, lima parah bengkel meletup di Singapura - Utusan Malaysia

Tiga maut, lima parah bengkel meletup di Singapura

KEROSAKAN yang berlaku di sebuah bengkel sistem perlindungan kebakaran yang meletup di Tuas, Singapura. - GAYA CHANDRAMOHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Sekurang-kurangnya tiga maut dan lima cedera parah apabila sebuah bengkel sistem perlindungan kebakaran di Tuas meletup dalam satu kejadian, di sini hari ini.

Akhbar Straits Times melaporkan, kesemua mangsa yang cedera mengalami melecur teruk dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Siasatan awal mendapati letupan itu mungkin disebabkan oleh ‘bahan mudah terbakar’.

Identiti dan kerakyatan semua mangsa yang terlibat masih belum dikenal pasti.

Pihak berkuasa republik ini juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut.
– AFP

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN