Perenang Sukan Olimpik didakwa edar dadah RM8juta - Utusan Malaysia

Perenang Sukan Olimpik didakwa edar dadah RM8juta

SCOTT Miller yang pernah memenangi pingat perak semasa Sukan Olimpik Atlanta 1996 didakwa terlibat dalam sindiket pengedaran dadah. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Polis akan mendakwa perenang Sukan Olimpik dari Australia, Scott Miller, berhubung ‘sindiket ais’ melibatkan dadah bernilai AS$2 juta (RM8 juta) yang disorok dalam lilin.

Lapor Daily Mail, Miller, 45, terkejut apabila melihat sepasukan polis New South Wales membuat serbuan ke rumah mewahnya di Rozelle, Sydney, kira-kira pukul 6 pagi hari ini.

Perenang itu dijangka berdepan tuduhan sindiket jenayah yang didakwa merancang untuk membekalkan dadah jenis syabu ke kawasan bandar di New South Wales.

Miller dibawa ke Balai Polis Newtown dan sumber terdekat berkata, dia enggan memberikan sebarang kenyataan kepada pihak polis berhubung tuduhan itu.

Seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun yang dikaitkan dengan Miller turut ditangkap dan akan didakwa.

Salah seorang anggota polis dilihat membawa keluar sejumlah aset sebagai barang bukti.

Penyiasatan bermula selepas pihak polis menemui lilin yang didakwa mengandungi separuh kilogram syabu awal tahun ini.

Pihak polis menggeledah rumah Miller awal pagi ini dengan menyelongkar katilnya dan menemui bungkusan ubat antikeradangan.

Miller pernah memenangi pingat perak dan gangsa dalam acara renang semasa Sukan Olimpik Atlanta 1996.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya