Pemandu trak pula jumpa Mutiara Oren RM1.3 juta - Utusan Malaysia

Pemandu trak pula jumpa Mutiara Oren RM1.3 juta

PADA mulanya, keluarga itu menyangkakan ia hanyalah telur siput, namun, mereka menyedari ia adalah mutiara paling jarang ditemui di dunia. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Selepas tular mengenai cerita seorang nelayan miskin menemui mutiara oren Melo bernilai 250,000 pound (RM1.3 juta) di wilayah Nakhon Si Thammarat, 27 Januari lalu, timbul lagi kisah sama.

Daily Mail melaporkan, selepas seminggu, seorang pemandu trak pula dikatakan menemui mutiara tersebut di dalam makanan laut.

Monthian Jansuk, 40, membeli cangkerang ‘siput epal’ berharga 50 baht (RM6.80) di pasar berdekatan rumahya di wilayah Chonburi, Thailand pada 10 Februari lalu.

Selain itu, dia juga membeli setengah kilogram ikan segar, udang dan kerang yang dididihkan dalam periuk.

Lelaki itu dan isterinya, Wasana, 44, mendidihkan siput itu sebelum dimakan oleh anaknya yang sukar menggigitnya kerana keras.

Mereka sekeluarga kemudian terkejut apabila melihat mutiara oren sebesar duit syiling dengan berat tujuh gram.

Pada mulanya, mereka menyangkakan ia hanyalah telur siput, namun, mereka menyedari ia mungkin adalah mutiara paling jarang ditemui di dunia.

Jansuk yakin dia mampu meraih ratusan ribu hasil penjualan mutiara itu.

“Keluarga dan jiran saya berkumpul untuk melihat mutiara itu dan bersetuju kami tidak pernah melihat penemuan seperti ini sebelum ini.

“Sudah tentu, kami mahu memastikan ini adalah mutiara yang bernilai tinggi dan naluri saya kuat mengatakan kami boleh mendapat banyak duit daripadanya. ,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya