PBB kutuk penahanan Suu Kyi dan pemimpin politik Myanmar - Utusan Malaysia

PBB kutuk penahanan Suu Kyi dan pemimpin politik Myanmar

AUNG SAN SUU KYI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Myanmar menahan beberapa pemimpin politik termasuk Kanselor Negara, Aung San Suu Kyi.

“Setiausaha Agung mengutuk sekeras-kerasnya penahanan Pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Aung San Suu Kyi, Presiden Myanmar U Win Myint dan pemimpin politik lain menjelang sesi permulaan sidang Parlimen baharu bagi negara ini.

“Perkembangan ini merupakan tamparan hebat kepada reformasi demokratik di Myanmar,” kata Jurucakap PBB, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.

Menurut Dujarric, pilihan raya yang berlangsung pada November tahun lalu menyaksikan NLD pimpinan Suu Kyi meraih kemenangan besar, sekali gus menunjukkan kehendak rakyat Myanmar yang jelas mahukan reformasi demokratik.

Kenyataan itu juga menggesa tentera menghormati keputusan rakyat dan mematuhi norma demokratik, dengan sebarang perbezaan pandangan harus diselesaikan menerusi rundingan secara aman.

“Semua pemimpin perlu bertindak demi kepentingan reformasi demokratik Myanmar, terlibat dalam rundingan yang bermakna, mengelak daripada melakukan keganasan dan menghormati hak asasi dan kebebasan manusia dengan sepenuhnya,” jelas kenyataan itu.

Menurut beberapa diplomat, Majlis Keselamatan PBB merancang untuk mengadakan mesyuarat dengan wakil khas PBB ke negara itu, Christine Schraner Burgener berhubung isu Myanmar pada Khamis.

Sesi itu dijangka dipercepatkan lagi dengan mengambil kira perkembangan politik yang berlaku pada hari ini, kata seorang diplomat kepada AFP yang namanya enggan dikenali. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.