Jokowi lobi PBB dapatkan vaksin semua negara - Utusan Malaysia

Jokowi lobi PBB dapatkan vaksin semua negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) melobi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya semua negara berhak mendapat akses sama rata vaksin Covid-19. 

Lapor CNN Indonesia, Jokowi berkata, situasi sekarang menyaksikan semua negara berlumba-lumba mendapatkan vaksin bagi rakyat mereka untuk membendung penularan wabak tersebut. 

“Kepentingan akses sama rata terhadap vaksin di semua negara, saya bawa hingga ke peringkat PBB,” katanya semasa berucap dalam Seminar Antarabangsa Menangani Pandemik Covid-19. 

Menurut Jokowi, Indonesia mempunyai kedudukan di dalam program pelbagai hala Kumpulan Hubungan COVAX AMC. 

Katanya, ia merupakan forum antarabangsa yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi menguruskan pengedaran vaksin percuma kepada negara membangun dan miskin. 

Pada 12 Januari, Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi dilantik sebagai salah seorang pemimpin dalam forum pelbagai hala itu. 

Jokowi malah berharap kedudukan itu membolehkan Indonesia berjuang mendapatkan akses vaksin terhadap semua negara. 

“Ini adalah tekad Indonesia bagi memastikan akses terhadap vaksin bagi keperluan negara. Bagaimanapun, kita sentiasa berusaha menyumbang kepada negara lain,” jelasnya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya