Jepun, Boeing gantung pesawat model 777 - Utusan Malaysia

Jepun, Boeing gantung pesawat model 777

PESAWAT British Airways model Boeing 777-25 bersiap sedia melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Heathrow di London, Britain. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jepun memohon semua syarikat penerbangan di negara ini supaya tidak menggunakan pesawat Boeing 777 yang dilengkapi dengan enjin Pratt & Whitney 4000 bagi pelepasan, pendaratan dan `overflight’ di wilayahnya sehingga dimaklumkan kelak.

Notis dikeluarkan oleh Pusat Perkhidmatan Maklumat Aeronautik Jepun selepas sebuah pesawat United Airlines yang menggunakan Boeing 777 mengalami masalah kegagalan enjin sejurus berlepas dari Denver menuju ke Honolulu.

Kapal terbang berusia 22 tahun itu dilengkapi dengan enjin Pratt & Whitney PW4000.

Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan di dalam pesawat mahupun di lapangan. 

Dalam pada itu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) memaklumkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan arahan pemeriksaan keselamatan lanjut atau serta-merta dilakukan terhadap kapal terbang yang serupa.  

Pentadbir FAA, Steve Dickson dalam satu kenyataan berkata, arahan tersebut melibatkan pesawat Boeing 777 yang menggunakan enjin Pratt & Whitney PW4000, sekali gus menyaksikan sejumlah kapal terbang itu mungkin ‘dikeluarkan’ daripada perkhidmatan.

Dickson berkata, penilaian awal berhubung kegagalan enjin itu mendapati pemeriksaan lanjut perlu dilakukan terhadap bilah kipas enjin kapal terbang yang unik dalam model enjin terbabit yang hanya digunakan pesawat Boeing 777.

United Airlines merupakan satu-satunya pengendali Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan jenis enjin PW4000 dalam pesawatnya.

Syarikat penerbangan itu juga memaklumkan bahawa pihaknya akan menggantung pesawatnya yang terjejas.   

Sementara itu, Boeing turut menggesa 128 kapal terbang model 777 di seluruh dunia digantung operasi susulan kejadian pesawat United Airlines di Denver.

Menurut Boeing, pesawat model itu tidak harus digunakan sehingga FAA menentukan prosedur pemeriksaan.  – AGENSI/AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya