ICC boleh dakwa Israel lakukan jenayah perang - Utusan Malaysia

ICC boleh dakwa Israel lakukan jenayah perang

GAMBAR fail bertarikh 24 Oktober 2000 menunjukkan kanak-kanak berselindung di sebalik atap zink ketika pertempuran di Khan Younis, Semenanjung Gaza. Sejak intifada kedua, penduduk Palestin berdepan pelbagai tekanan. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memutuskan pihaknya mempunyai kuasa untuk mendakwa Israel atas kesalahan melakukan jenayah perang di wilayah Palestin.

Keputusan itu menyaksikan ICC boleh membuka siasatan jenayah terhadap Israel.

Pendakwa raya ICC, Fatou Bensouda berkata, terdapat fakta kukuh untuk ‘mempercayai jenayah perang berlaku di Palestin dan terhadap penduduknya’.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengkritik keputusan tersebut manakala penduduk Palestin menyambut baik tindakan ICC.

“Keputusan ICC merupakan satu kemenangan dan untuk keadilan serta menegakkan hak asasi manusia dan kebebasan semua penduduk Palestin,” kata Perdana Menterinya, Mohammad Shtayyeh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.