Duit pelanggan BRI hilang secara misteri - Utusan Malaysia

Duit pelanggan BRI hilang secara misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sejumlah pelanggan Bank Rakyat Indonesia (BRI) di Bojonegoro di Jawa Timur terkejut selepas wang simpanan mereka hilang secara misteri.

Lapor Kompas.com, kes tersebut masih disiasat polis secara teliti untuk mengenal pasti bagaimana duit pelanggan hilang.

Penolong Pengarah Operasi Pejabat BRI Bojonegoro, Lusujiana berkata, setakat ini lima pelanggan sudah membuat aduan mengenai duit mereka hilang dalam simpanan.

“Sehubungan itu, kami sudah membuat laporan mengenai kes tersebut ke pihak berkuasa untuk disiasat.

“Kita memerlukan masa selama 14 hari bekerja untuk mengetahui hasil laporan,” katanya.

Lusujiana juga memaklumkan BRI juga akan bekerjasama dengan PT Swadharma Sarana yang mengendalikan sistem mesin juruwang automatik (ATM) BRI di Bojonegoro, Lamongan dan Tuban.

Dalam pada itu, seorang daripada pelanggan yang membuat aduan mengenai kehilangan duit yang hanya dikenali sebagai A menyatakan dia terkejut dengan insiden tersebut.

Katanya, duit yang disimpan dalam BRI asalnya berjumlah 13 juta rupiah (RM3,731).

“Namun, ketika saya pergi ke bank untuk memasukkan duit, saya lihat baki duit semakin berkurangan hari demi hari.

“Daripada 13 juta rupiah, duit saya kemudiannya hilang sebanyak 10 juta rupiah (RM2,870) dan keesokan harinya, hilang lagi sebanyak 2.5 juta rupiah (RM717) dan kini hanya tinggal sebanyak 500,000 rupiah (RM143.50),” ujarnya.

Hasil pemeriksaan sejarah pengeluaran duit di bank tersebut, terdapat aktiviti pengeluaran misteri yang masih belum dapat dikesan sehingga kini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.