AS keluarkan kumpulan pemberontak Houthi daripada senarai pengganas - Utusan Malaysia

AS keluarkan kumpulan pemberontak Houthi daripada senarai pengganas

AMERIKA SYARIKAT (AS) secara rasmi mengeluarkan kumpulan pemberontak Houthi daripada senarai pengganas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken secara rasmi mengeluarkan kumpulan pemberontrak Houthi di Yaman daripada senarai pengganas.

“Kami secara rasmi sudah memaklumkan kepada Kongres mengenai hasrat setiausaha untuk membatalkan status tersebut.

“Keputusan ini tiada kena mengena dengan pandangan kami terhadap kumpulan Houthi dan tindakan mereka termasuk serangan ke atas orang awam dan menculik rakyat AS,” kata jurucakap Jabatan Negara AS.

Langkah itu sehari selepas Presiden AS, Joe Biden menamatkan sokongan AS ke atas operasi ketenteraan dilancarkan Arab Saudi di Yaman, yang mana lebih 80 peratus penduduk hidup dengan bantuan.

Jelas kenyataan itu, AS komited untuk membantu Arab Saudi mempertahankan wilayahnya daripada sebarang serangan lanjut.

“Tindakan kami berdasarkan kesan kemanusiaan daripada penyenaraian itu pentadbiran sebelum ini yang mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan berkaitan menjelaskan ia mampu memburukkan lagi krisis kemanusiaan di dunia,” jelas kenyataan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya