Anjing Lady Gaga selamat - Utusan Malaysia

Anjing Lady Gaga selamat

ANJING baka French Bulldog yang bernama Koji dan Gustav selamat ditemui. -INSTAGRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Anjing kepunyaan Lady Gaga yang dilarikan sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Lapor The Mirror, anjing baka French Bulldog yang bernama Koji dan Gustav itu dipulangkan oleh seorang wanita yang tidak dikaitkan dengan kecurian itu.

Polis Los Angeles mengesahkan haiwan itu selamat dipulangkan kepada pemiliknya selepas wakil penyanyi itu hadir ke balai polis.

Rabu lalu, Lady Gaga dilapor menawarkan ganjaran kira-kira AS$500,000 (RM2 juta) kepada individu yang memulangkan dua ekor anjing yang dipercayai dilarikan suspek dalam kejadian tembakan dan rompakan di Hollywood.

Difahamkan semasa kejadian, penjaga dua ekor anjing kesayangan penyanyi itu ditembak menggunakan pistol separuh automatik, kira-kira pukul 10 malam.

Memetik sumber rapat kepada penyanyi itu, Lady Gaga menawarkan ganjaran kira-kira RM2 juta kepada sesiapa yang memiliki Koji dan Gustav, tanpa disoal siasat.

Semasa kejadian itu berlaku, Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta berada di Itali bagi melakukan penggambaran filem Sir Ridley Scott.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya