5,000 wartawan bakal disuntik vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

5,000 wartawan bakal disuntik vaksin Covid-19

TIGA wartawan AFP memakai sut perlindungan diri (PPE) ketika membuat liputan Covid-19 di tanah perkuburan Pondok Ranggon di Jakarta, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Golongan petugas media termasuk wartawan merupakan antara sasaran audien bagi vaksinasi Covid-19 peringkat kedua yang akan bermula pada Rabu ini.

Lapor Kompas.com, jurucakap Vaksinasi Covid-19 Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmidzi berkata, selain petugas media, golongan pendidik, peniaga, tokoh agama, wakil rakyat, kakitangan pejabat kerajaan dan atlet juga bakal menerima vaksin dalam peringkat kedua.

“Setakat ini, dianggarkan 5,000 wartawan sudah menerima surat daripada kementerian untuk menerima suntikan vaksin,” katanya.

Jelas Siti Nadia, tarikh ditetapkan selepas Badan Kawalan Ubat dan Makanan (BPOM) memberikan kelulusan untuk  meneruskan program vaksinasi.

“Dalam vaksinasi peringkat kedua ini, seramai 55,000 peniaga di pasar Tanah Abang juga akan menerima suntikan dan proses itu bakal berlangsung selama enam hari.

“Jumlah keseluruhan penduduk yang akan menerima suntikan vaksin peringkat kedua ini adalah sebanyak 38,513,446 yang terdiri daripada 21 juta golongan warga emas dan 17 juta pegawai perkhidmatan awam,” ujarnya.

Sementara itu, program vaksinasi peringkat kedua ini akan dimulakan di tujuh wilayah Jawa-Bali kerana tahap jangkitan Covid-19 direkodkan tinggi di kesemua wilayah berkenaan.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN