300 murid perempuan diculik di asrama - Utusan Malaysia

300 murid perempuan diculik di asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIGERIA: Seramai 300 murid perempuan didapati hilang selepas penculik bersenjata menceroboh asrama sekolah di barat laut Nigeria di Zamfara.

Pihak guru dan ibu bapa memberitahu agensi berita AFP berhubung kes penculikan besar-besaran yang berlaku kali kedua dalam tempoh seminggu.

Jurucakap bagi kerajaan negeri berkata, maklumat terperinci mengenai bilangan pelajar yang diculik itu masih belum diketahui.

Seorang guru di Sekolah Menengah Perempuan Kerajaan Jangebe berkata, lebih 300 kanak-kanak perempuan tidak dijumpai selepas pihak sekolah mengadakan kiraan semula jumlah murid yang tinggal.

Sementara itu, seorang penjaga berkata, dia menerima panggilan mengenai kejadian itu.

“Waktu itu saya dalam perjalanan ke Jangede dan menerima panggilan tentang sekolah itu diceroboh oleh penculik yang membawa lari murid perempuan. Saya mempunyai dua anak perempuan di sekolah itu,” katanya.

Jurucakap polis belum memberikan sebarang respons terhadap kejadian itu.

Wartawan Al-Jazeera, Ahmed Idris yang melaporkan dari Minna diberitahu oleh penduduk tempatan mengenai lelaki bersenjata yang tiba pada waktu tengah malam dan berada di sana selama beberapa jam.

“Ini merupakan antara kawasan yang sering diserang oleh lelaki bersenjata, kes penculikan tebusan dan serbuan di kampung. Ini merupakan isu besar yang dihadapi oleh penduduk di kawasan utara,” katanya.

Insiden itu merupakan penculikan kedua berlaku dalam seminggu di utara Nigeria, yang menyaksikan peningkatan aktiviti jenayah oleh kumpulan bersenjata sekali gus menunjukkan kawalan keselamatan yang bertambah buruk. -AL-JAZEERA

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya