fbpx

17 Januari 2021, 7:50 pm

  TERKINI

Wanita AS pertama dihukum mati sejak tempoh tujuh dekad

LISA Montgomery dihukum mati menerusi suntikan maut di sebuah penjara di Indiana, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang wanita yang didakwa membunuh seorang wanita hamil dengan niat untuk mencuri bayinya dihukum mati menerusi suntikan maut hari ini.

Hukuman itu merupakan yang pertama dilaksanakan melibatkan wanita oleh pihak berkuasa AS sejam hampir tujuh dekad lalu.

Menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS), Lisa Montgomery, 52, diisytiharkan mati pada pukul 1.31 pagi waktu tempatan di sebuah penjara di Terre Haute, Indiana.

Jelas jabatan tersebut, hukuman tersebut dilaksanakan mengikut panduan serta cadangan bersesuai oleh pihak juri persekutuan.

Montgomery ditahan pada 2004 selepas dia didakwa membunuh seorang wanita hamil berusia 23 tahun dengan niat untuk mencuri bayi mangsa. – AFP