fbpx

6 Mac 2021, 1:03 pm

  TERKINI

Trump buka pejabat di Florida

DONALD TRUMP bersama isterinya, Melania Trump menaiki pesawat Air Force One untuk ke Florida, buat kali terakhir sebagai presiden dan wanita pertama AS, di Joint Base Andrews, Maryland pada 20 Januari lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Donald Trump dilaporkan membuka sebuah pejabat baharu di Florida yang akan mengendalikan segala urusan dan tugasannya sebagai bekas Presiden Amerika Syarikat (AS). 

Pejabat itu juga akan meneruskan agenda Trump.

“Pejabat tersebut bertanggungjawab menguruskan sebarang urusan surat-menyurat, kenyataan, penampilan awam dan aktiviti rasmi Trump untuk memperjuangkan kepentingan AS.

“Pembukaan pejabat itu juga bertujuan meneruskan agenda pentadbiran Trump melalui advokasi dan aktivis sosial,” menurut satu kenyataan.

Pengumuman itu dibuat selepas Dewan Perwakilan menyerahkan laporan pendakwaan terhadap Trump yang didakwa menghasut sehingga menyebabkan rusuhan di bangunan Capitol, kepada Senat.

Prosiding perbicaraan Senat dijangka bermula pada 9 Februari depan.

 Trump tidak membuat penampilan umum sejak meninggalkan White House pada hari terakhir sebagai Presiden AS ke resort Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida.

Menurut laporan Wall Street Journal, Trump turut berbincang dengan beberapa rakan sekerjanya mengenai cadangan pembentukan parti politik yang dinamakan sebagai Parti Patriot. – REUTERS/AGENSI