Tarif umrah Indonesia dinaikkan - Utusan Malaysia

Tarif umrah Indonesia dinaikkan

ARAB Saudi dilaporkan membenarkan individu yang menerima suntikan vaksin Sinovac menunaikan umrah tetapi mesti mendapatkan dos ketiga vaksin Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Agama Indonesia (Kemenag) secara rasmi menaikkan kadar tarif umrah dari 20 juta rupiah (RM5,747) kepada 26 juta rupiah (RM7,472) untuk umat Islam di negara ini yang ingin melaksanakan ibadah umrah ketika pandemik Covid-19.

Lapor CNN Indonesia, tarif baharu itu disahkan dan diluluskan oleh Menteri Agama, Fachrul Razi.

Jelas Kemenag, penetapan kadar tarif tersebut merangkumi tiga komponen iaitu pembiayaan perkhimdatan jemaah umrah di Indonesia, pembiayaan jemaah ketika dalam perjalanan ke Arab Saudi dan pembiayaan perkhidmatan jemaah di Mekah.

Tiga komponen itu juga termasuk pembiayaan tiket penerbangan pergi dan balik bagi jemaah Indonesia ke Arab Saudi dan sebaliknya.

Selain itu, Pengurusan Perjalanan Ibadah Umrah (PPIU) akan memastik semua jemaah umrah Indonesia menerima layanan serta perkhidmatan yang memuaskan, termasuk protokol Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya