fbpx

27 Januari 2021, 10:03 pm

  TERKINI

PS5 ‘lebih sensasi’ dari kemanusiaan

BANTUAN diedarkan di Buzi, Mozambique berikutan Taufan Idai melanda negara itu pada Mac 2019. - NINJA TAPROGGE /CARE INTERNATIONAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Berita pelancaran PlayStation 5 (PS5) Sony didapati menerima 26 kali ganda lebih perhatian berbanding gabungan 10 krisis kemanusiaan pada tahun lalu.

Lapor The Guardian, perkara itu didedahkan menerusi satu laporan yang dikeluarkan oleh Care International, baru-baru ini.

Menurut laporan itu, krisis kemanusiaan yang merangkumi keganasan di Guatemala, kebuluran di Madagascar dan bencana alam di Papua New Guinea sebahagian besarnya diketepikan oleh berita Covid-19, protes Black Lives Matter dan acara berunsur hiburan serta sensasi seperti pertandingan lagu Eurovision dan pencalonan Kanye West dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

Jelas laporan itu, pertandingan lagu Eurovision dan pencalonan West dalam Pilihan Raya Presiden AS mendapat 10 kali ganda lebih perhatian di berita dalam talian berbanding krisis kemanusiaan.

Penyelaras Advokasi Kemanusiaan Care, Delphine Pinault berkata, isu kekurangan liputan media dilihat turut menambah beban yang ditanggung oleh 10 negara dalam krisis.

Perkara itu termasuk kesan sekatan pergerakan akibat pandemik Covid-19 dan impak perubahan iklim yang semakin meningkat. 

“Covid-19 menunjukkan kepada dunia bahawa krisis kemanusiaan boleh berlaku di mana-mana sahaja tetapi bagi kebanyakan masyakarat terutamanya wanita dan kanak-kanak perempuan, wabak itu hanyalah satu lagi ancaman terpaksa dihadapi oleh mereka,” katanya.

Menurut Care, negara-negara Afrika menduduki enam daripada senarai 10 krisis kemanusiaan yang paling kurang dilaporkan pada 2020.

 

BERITA BERKAITAN