Proud Boys ancaman baharu AS - Utusan Malaysia

Proud Boys ancaman baharu AS

AHLI kumpulan Proud Boys menyertai penyokong Trump dalam demonstrasi di Washington, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AHLI-ahli Proud Boys menggelar diri mereka sebagai ‘cauvinis Barat’.

Mereka sering mengenakan pakaian berwarna hitam dan kuning sehingga kehadiran mereka amat mudah untuk disedari.

Sejak kebelakangan ini, penglibatan kumpulan itu dalam beberapa siri demonstrasi di seluruh Amerika Syarikat (AS), termasuk rusuhan di bangunan Capitol mengundang kebimbangan pelbagai pihak.

Dengan majlis angkat sumpah Joe Biden sebagai presiden baharu AS yang bakal berlangsung dalam tempoh beberapa jam lagi, Proud Boys serta beberapa kumpulan radikal lain dikhuatiri boleh mencetuskan kekecohan ‘ganas’.

 

Siapa Proud Boys?

PASUKAN polis meleraikan pergaduhan antara penunjuk perasaan Black Lives matter dengan ahli kumpulan Proud Boys di Washington, Amerika Syarikat. – AFP

Kumpulan itu ditubuhkan pada 2016 dan diasaskan oleh Gavin McInnes yang merupakan pengasas bersama Vice Media.

McGinnes terkenal dengan pendirian mereka yang anti-Islam, bersifat perkauman dan prejudis terhadap golongan wanita.

Kumpulan itu khas untuk golongan lelaki dan setiap ahlinya perlu mengisytiharkan diri mereka sebagai ‘cauvinis Barat yang tidak akan memohon kemaafan kerana mencipta dunia moden’

Selain itu, Proud Boys juga memegang beberapa prinsip lain termasuk termasuk menyokong pentadbiran yang minimum, kebebasan maksimum, perang antidadah, menutup sempadan negara dari pihak luar, memperjuangkan hak pro senjata dan menghormati golongan isteri di rumah.

Nama kumpulan itu diinspirasikan daripada runut lagu filem animasi Aladdin, ‘Proud of Your Boy‘.

Sehingga kini, Proud Boys mempunyai ribuan ahli di seluruh dunia termasuk Afrika, Jepun dan Australia.

 

Upacara pelik ahli Proud Boys

Menurut McInnes, ahli kumpulan baharu perlu ‘dibelasah’ sekurang-kurangnya lima orang lelaki sehingga mereka dapat mengingati ‘nama lima jenama sarapan bijirin’ dan mencacah tatu.

Bagaimanapun, Proud Boys kini dipimpin oleh Enrique Tarrio yang berasal dari Cuba.

ENRIQUE TARRIO

 

Kenapa Proud Boys jadi ancaman?

Penganalisis sejarah di Universiti Akron, David Licate berkata, semua pihak terutamanya pihak berkuasa AS perlu memberi tumpuan kepada kumpulan itu kerana Proud Boys kini sudah menjadi lebih ‘ganas dan sanggup buat apa sahaja’ berbanding mula-mula ditubuhkan.

Licate juga memaklumkan setiap ahli kumpulan itu mempunyai senjata api dan bersedia untuk ‘bertempur pada bila-bila masa jika diarahkan ketua mereka’.

Pada bulan lalu, Tarrio ditahan kerana membakar bendera Black Lives Matter dalam satu tunjuk perasaan membantah kekalahan Donald Trump dalam pilihan raya presiden.

Jelas Licate, dia melihat Proud Boys sebagai sebuah kumpulan ‘lebih kurang sama dengan pengganas domestik’ yang sering terlibat dengan keganasan politik.

Boleh dikatakan jika ada demonstrasi di AS, maka adalah kumpulan itu turut serta dan mereka sebenarnya tidak memihak kepada mana-mana parti atau ahli politik, cuma ingin ‘menyesakkan lagi keadaan’.

Keadaan itu secara tidak langsung boleh menjejaskan kestabilan AS yang ketika ini sudah pun goyah susulan kedegilan Trump enggan mengaku kalah dalam pilihan raya presiden sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya