fbpx

8 Mac 2021, 6:12 pm

  TERKINI

Joe Biden Presiden AS ke-46

JOE Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-46 di Washington. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Joe Biden secara rasmi bergelar Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 selepas melakukan upacara angkat sumpah dalam satu majlis, di sini hari ini.

Biden yang ditemani isterinya, Jill Biden mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim John Roberts.

Beliau berjanji akan memulakan ‘hari baharu’ untuk AS dan semua rakyat selain menjaga, melindungi dan mempertahakan Perlembagaan negara ini.

Biden juga menjadi Presiden AS tertua pada usia 78 tahun dan penglibatannya dalam arena politik AS selama 50 tahun berbaloi selepas dipilih menjadi pemimpin baharu negara ini.

KAMALA HARRIS

Terdahulu, Kamala Harris juga mengangkat sumpah sebagai Timbalan Presiden AS yang baharu.

Harris mencipta sejarah apabila menjadi timbalan presiden wanita pertama AS. – AFP