60 kes renjatan eletrik di lapangan terbang - Utusan Malaysia

60 kes renjatan eletrik di lapangan terbang

INSIDEN renjatan eletrik berlaku sejak Lapangan Terbang Berlin-Brandenburg beroperasi pada 31 Oktober tahun lalu. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Pemilik bagasi di lapangan terbang baharu di sini mendakwa terkena renjatan eletrik daripada mesin pengimbas.

The Guardian melaporkan, sebanyak 60 insiden renjatan eletrik berlaku sejak lapangan terbang itu beroperasi pada 31 Oktober tahun lalu, menurut Kesatuan Perdagangan Verdi.

Pekerja di lapangan terbang turut mengadu sakit, pening dan kebas serta pihak ambulans dipanggil berhubung empat kejadian dalam bulan ini.

Verdi menggesa operasi dihentikan di kawasan daftar masuk, terminal satu yang melibatkan insiden tersebut.

“Dalam beberapa kejadian, individu yang cedera perlu dipindahkan menggunakan ambulans ke hospital berdekatan,” katanya.

Menurut Verdi, setiap pemeriksaan pengimbas bagasi di terminal menghasilkan renjatan dan beberapa kes turut melibatkan penumpang.

Projek Lapangan Terbang Berlin-Brandenburg dilanda masalah selama bertahun-tahun sebelum dibuka pada akhir musim luruh, di pertengahan pandemik Covid-19 yang menyebabkan pengurangan permintaan di lapangan terbang itu.

Sejak itu, lapangan terbang itu menerima subsidi jutaan euro.

Verdi malah berkata, lapangan terbang yang tidak sesak itu boleh dipindahkan operasinya ke lapangan terbang lama, Schonefeld, di terminal lima.

Pengurusan Lapangan Terbang dan Polis Persekutuan, mengesahkan kejadian renjatan elektrik itu, namun berkata, tiada alasan untuk menutup terminal tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya