25,000 anggota Pengawal Nasional dikerahkan - Utusan Malaysia

25,000 anggota Pengawal Nasional dikerahkan

ANGGOTA Pengawal Nasional Amerika Syarikat (AS)  yang ditugaskan di Washington menjelang majlis pelantikan rasmi bakal presiden, Joe Biden pada 20 Januari ini. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentagon membenarkan seramai 25,000 anggota Pengawal Nasional Amerika Syarikat (AS) dikerahkan sebagai langkah keselamatan dan bagi memastikan situasi terkawal ketika majlis pelantikan rasmi bakal presiden, Joe Biden pada 20 Januari ini.  

Lapor CNN, Biro Pengawal Nasional AS dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah itu telah ditingkatkan berbanding 21,000 anggota yang dibenarkan sebelum ini.  

“Setiap negeri, wilayah dan Daerah Columbia akan mempunyai anggota Pengawal Nasional yang menjalankan operasi sokongan keselamatan majlis perasmian itu,” katanya. 

Jabatan Pertahanan sebelum ini memaklumkan anggota Pengawal Nasional berkenaan akan turut dilengkapi senjata memandangkan menjalankan operasi sokongan keselamatan di bangunan Capitol di Washington menjelang upacara perasmian tersebut.   

Selain itu, Jurucakap Pengawal Nasional, Kapten Chelsi Johnson berkata, langkah itu dilakukan setelah diminta oleh pihak berkuasa Persekutuan dan dibenarkan oleh Setiausaha Tentera AS, Ryan McCarthy. 

Sejak Khamis lalu, seramai 7,000 anggota pengawal daripada beberapa negeri dan Pengawal Nasional telah ditempatkan di Washington.

Malah, dilaporkan, jumlah tersebut akan bertambah tiga kali ganda dalam beberapa hari akan datang.

Langkah menambah anggota perkhidmatan itu berikutan sebagai persiapan untuk mencegah sebarang insiden tidak diingini berlaku lagi selepas kejadian rusuhan di Capital pada minggu lalu.   

Sebelum ini, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menerima maklumat mengenai beberapa ‘protes bersenjata’ dirancang untuk dianjurkan di semua 50 bangunan capitol negeri dan di Capitol Washington pada masa akan datang.

Sementara itu, AFP melaporkan, Presiden Donald Trump akan meninggalkan Washington pada awal pagi Rabu sebelum majlis pelantikan rasmi Biden.

Seorang pegawai yang enggan mendedahkan namanya berkata, Trump akan ke kelab golf Mar-a-Lago di Florida, yang merupakan kediaman sahnya dan akan menjadi tempat tinggalnya selepas White House.

Beliau dijangka meninggalkan bandar sebelum upacara mengangkat sumpah presiden dipilih AS, Biden di bangunan Capitol pada tengahari. – AGENSI/AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya