Vaksin BioNTech, AstraZeneca mampu lawan varian baharu Covid-19 - Utusan Malaysia

Vaksin BioNTech, AstraZeneca mampu lawan varian baharu Covid-19

SEJUMLAH kerusi disusun mengikut jarak bersesuaian sebagai persediaan program vaksinasi di di pusat vaksin Covid-19 di Cologne, barat Jerman. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Syarikat farmaseutikal Jerman, BioNTech yakin vaksin Covid-19 yang dibangunkan mereka, mampu berfungsi melawan varian baharu yang menular di Britain.

Ketua Pegawai Eksekutif BioNTech, Ugur Sahin bagaimanapun berkata, pihaknya ketika ini tidak pasti sama ada vaksin tersebut juga dapat memberikan perlindungan daripada varian baharu dikesan di negara tersebut. 

Namun, tegas beliau, BioNTech mempunyai keyakinan saintifik terhadap vaksin itu kerana protein pada varian adalah 99 peratus sama seperti strain ketika ini.

Jelas Sahin, BioNTech kini sedang melakukan kajian lanjut dan berharap mendapat kepastian dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“Kemungkinan vaksin kami berkesan adalah amat tinggi,” katanya.

Mengulas lanjut, Sahin berkata, sekiranya perlu, BioNTech juga boleh menyediakan vaksin bersesuaian dalam masa enam minggu memandangkan vaksin itu bergantung pada teknologi messenger RNA. 

“Secara prinsipal, kelebihan teknologi tersebut adalah kita boleh secara langsung mula menghasilkan vaksin yang meniru mutasi baharu ini.    

“Kami mampu menyediakan vaksin baharu bersesuaian dalam tempoh enam minggu,” katanya. 

Tambah Sahin, varian yang dikesan di Britain mempunyai sembilan mutasi berbanding hanya satu dalam varian biasa ditemui. 

Vaksin yang dibangunkan bersama syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer dibenarkan untuk digunakan di lebih 45 negara termasuk Singapura, Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom (UK) dan AS.

Dalam pada itu, lapor Reuters, AstraZeneca memaklumkan vaksin keluaran syarikatnya juga seharusnya berkesan dalam mencegah varian baharu koronavirus.

Katanya, beberapa kajian sedang dilakukan untuk meneliti sepenuhnya impak mutasi berkenaan. 

“AZD1222 (calon vaksin AstraZeneca) mengandungi bahan genetik protein spike virus SARS-CoV-2.

“Malah, perubahan pada kod genetik yang dilihat dalam virus baharu ini nampaknya tidak mengubah struktur protein spike,” kata seorang wakil dari AstraZeneca.

Syarikat menghasilkan vaksin kini sedang berlumba-lumba untuk menguji vaksin Covid-19 mereka terhadap varian baharu yang menular di UK.

Jelasnya, menerusi proses vaksinasi dengan AZD1222, sistem daya lawan jangkitan (imun) manusia dilatih untuk mengenal pasti kebanyakan pelbagai bahagian protein spike agar dapat memansuhkan virus tersebut sekiranya ia terdedah. – AGENSI/REUTERS      

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya