Peti sejuk rosak, ratusan vaksin musnah - Utusan Malaysia

Peti sejuk rosak, ratusan vaksin musnah

RATUSAN vaksin Covid-19 yang disimpan di Klinik Bedah Harborough, United Kingdom rosak selepas peti sejuk yang menyimpan vaksin itu tidak berfungsi. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ratusan vaksin Covid-19 rosak selepas peti sejuk yang menyimpan sejumlah dos tidak berfungsi di Klinik Bedah Harborough, Rushden, Northamptonshire.

Klinik tersebut mempunyai kira-kira 975 dos vaksin keluaran Pfizer yang perlu disimpan pada suhu -70 darjah Celcius.

Lapor Daily Mail, beberapa pesakit telah menerima suntikan pada Rabu bersamaan 16 Disember lalu dan selebihnya dijangkakan pada hari Khamis dan Jumaat berikutnya.

Namun, pesakit yang datang untuk menerima vaksin tersebut pada hari Khamis terpaksa pulang selepas diberitahu vaksin berkenaan rosak tanpa menjelaskan jumlah dos yang terkesan.

Perkara ini berlaku sebaik bekas Setiausaha Kesihatan Britain Jeremy Hunt memberi amaran bahawa vaksin Pfizer yang ada dijangka habis pada Januari depan dan tiada penghantaran akan dibuat sehingga Mac 2021 atau dalam erti kata lain program vaksin dihentikan buat sementara waktu.

Namun, jurucakap Pfizer kemudiannya membuat kenyataan bahawa penghantaran vaksin baharu akan dilakukan sebelum Mac awal 2021.

Lebih daripada 140,000 rakyat Britain sudah menerima vaksin Pfizer setakat ini.

Dalam pada itu, jurucakap Klinik Bedah Harborough memohon maaf kepada semua pesakit terutama golongan tua dan kurang upaya (OKU) ekoran penangguhan suntikan vaksin berkenaan.

“Vaksin ini menimbulkan cabaran logistik kerana perlu disimpan pada suhu yang betul sebelum digunakan.

“Kami meminta maaf kerana perlu menjadualkan semula suntikan vaksinasi dan akan memastikan pesakit dipanggil secepat mungkin,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya