fbpx

17 Jun 2021, 2:03 pm

  TERKINI

Pengantin histeria bekas kekasih datang majlis kahwin

SEORANG pengantin wanita histeria selepas bekas kekasih hadir majlis perkahwinannya di Lombok, Indonesia. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOMBOK: Seorang pengantin perempuan mengalami histeria hingga pengsan ketika bekas kekasihnya menghadiri majlis perkahwinannya di Desa Labuan Lombok, Lombok Timur kelmarin. 

Kompas.com melaporkan, bekas kekasih wanita itu yang bernama Dayat sanggup datang ke majlis itu dari Lombok Barat demi memenuhi undangan raja sehari itu. 

Namun, ketika Dayat naik ke atas pelamin, pengantin perempuan tiba-tiba menangis dan berteriak sehingga kelihatan seperti histeria. 

Berdasarkan video yang dimuat naik dalam akaun Instagram, Dayat sempat mendekati pengantin lelaki dan memeluknya. 

Keadaan itu menyebabkan pengantin perempuan semakin histeria sehingga hampir pengsan. 

Lelaki itu kemudian diminta turun dari pelamin oleh beberapa orang yang berada di sana. 

Jelas Dayat, dia hanya datang ke majlis itu setelah diundang oleh pasangan pengantin dan ingin memberikan ucapan tahniah kepada mereka. 

“Saya datang berdasarkan undangan, saya hargainya dan saya rela datang dari Lombok Barat sampai Lombok Timur demi melihat kedua-dua mempelai meraikan hari bahagia mereka,” katanya.