BN hilang majoriti apung harga bahan api

BN hilang majoriti apung harga bahan api

HASSAN ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan diingatkan untuk mempertimbangkan segala risiko sebelum membuat ketetapan untuk mengapungkan harga bahan api mengikut harga pasaran termasuk mengambil kira Barisan Nasional (BN) yang didakwa pernah hilang majoriti kerana langkah itu.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang sejarah lalu semasa pemerintahan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi walaupun menang besar dalam pilihan raya umum (PRU) pada 2004.

“Apa kesilapan yang kerajaan Abdullah Badawi lakukan empat tahun kemudian sebelum PRU tahun 2008? Kerajaan Abdullah Badawi telah apungkan harga minyak petrol dan diesel mengikut harga pasaran.

“Apa jadi dalam PRU tahun 2008 itu? BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen. BN tumbang di  negeri secara serentak iaitu Kelantan, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang dan Perak. PM Abdullah Badawi meletakkan jawatan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sebelum ini, portal antarabangsa melaporkan, Malaysia akan mengurangkan subsidi bahan api menjelang Jun ini.

Portal berkenaan yang memetik sumber rasmi dan industri melaporkan, harga diesel akan diapungkan pada kadar pasaran dalam tempoh beberapa minggu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu dan disusuli kenaikan berperingkat petrol dalam kadar runcit.

Mengulas lanjut, Hassan menasihatkan kerajaan berhati-hati apabila mahu menarik semula subsidi terhadap petrol dan diesel.

“Niat kerajaan baik. Alasan kurangkan subsidi minyak petrol dan diesel itu logik, munasabah dan ada asas dan meritnya.

“Tetapi risikonya besar. Jangan kerana tarik subsidi petrol dan diesel maka rakyat pula tarik balik sokongan kepada kerajaan seperti yang dialami oleh kerajaan Perdana Menteri Abdullah Badawi suatu waktu dulu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN