Patung Grinch lebih tinggi daripada rumah - Utusan Malaysia

Patung Grinch lebih tinggi daripada rumah

RAY LIDDELL bersama keluarganya berdiri di patung Grinch setinggi 10.668 meter itu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati patung inflatable watak filem animasi, The Grinch yang ditempah menerusi dalam talian, bersaiz lebih tinggi daripada rumahnya.

Lapor Mirror, Ray Liddell dari Hartlepool, County Durham pada mulanya menempah barang perhiasan perayaan Krismas itu untuk memberi kejutan kepada anak perempuannya, Jasmine yang berusia tujuh tahun.

Namun, beliau tidak menyangka patung Grinch yang diterimanya berukuran lebih besar daripada dijangkakan.  

Patung Grinch setinggi 10.67 meter itu berharga 500 pound (RM2,698).  

Liddell meletakkan patung itu di hadapan tamannya bagi membolehkan orang ramai menyaksikannya.

Malah, katanya, rumahnya dikerumuni lebih 5,000 orang yang datang hanya untuk melihat dan mengambil gambar bersama patung tersebut.

“Orang ramai dari seluruh tempat datang untuk mengambil gambar mereka bersama patung Grinch. 

“Ramai yang hadir pada pagi Ahad dan sudah tentu saya pastikan semuanya mengamalkan penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka,” katanya.

Tambah Liddell, beliau turut menggunakan kesempatan itu untuk mengumpul wang bagi tujuan amal.

Katanya, mereka meminta pelawat yang datang melihat patung Grinch itu untuk menderma wang dan setakat ini berjaya mengumpul lebih 20,000 pound (RM107,892).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya