Kes bunuh 5 dekad belum selesai - Utusan Malaysia

Kes bunuh 5 dekad belum selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sepasukan pakar dari tiga negara terpaksa mengambil masa selama 51 tahun untuk memecahkan kod rahsia yang ditinggalkan oleh pembunuh Zodiak yang masih belum dikenali dan pernah menghantui penduduk California Utara pada 1960an hingga 1970an.

Lapor The Guardian, pemecah kod, David Oranchak mendedahkan buat pertama kali mesej misteri yang dihantar oleh pembunuh itu.

Mesej yang dihantar oleh San Francisco Chronicle pada November 1969 dalam beberapa siri dan simbol tertera:

“Saya harap anda bergembira untuk cuba menangkap saya.

“Saya tidak takut dengan ruang gas (alat membunuh pesalah) kerana ia akan hantar saya ke syurga secepat mungkin kerana saya mempunyai hamba mencukupi untuk bekerja dengan saya,” tulisnya.

Jurucakap Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Cameron Polan mengesahkan berita mengenai kod retak itu merupakan perjanjian sebenar, tetapi katanya, maklumat itu hanya membantu sedikit pasukan penyiasat dalam memburu pembunuh bersiri selama berdekad lamanya.

“Pembunuh Zodiak membunuh beberapa komuniti di California utara dan walaupun sudah berdekad berlalu, kami masih mencari keadilan buat mangsa disebabkan jenayah kejam itu,” katanya.

Tambah Polan, kes pembunuh Zodiak masih kekal menjadi siasatan bagi bahagian San Francisco.

“Disebabkan masih dalam siasatan dan menghormati mangsa serta keluarganya, kami tidak akan memberikan sebarang komen lanjut buat masa ini,” katanya.

Pembunuh Zodiak terlibat dalam lima pembunuhan di Bay Area yang berlaku pada 1968 dan 1969.

Ramai mangsa terlibat dan dipercayai didalangi oleh suspek yang bertanggungjawab menyebabkan 37 kematian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya