Ibu menyusu tidak diberi vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Ibu menyusu tidak diberi vaksin Covid-19

GARIS panduan NHS menasihati ibu menunggu sehingga berhenti menyusu anak sebelum mengambil suntikan vaksin Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertubuhan hak asasi wanita mencabar keputusan kerajaan dan garis panduan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) yang didakwa memaksa golongan ibu untuk memilih menyusu bayi dengan cara tersendiri atau menerima suntikan vaksin Covid-19 untuk melindungi diri daripada wabak berkenaan.  

Lapor The Guardian, garis panduan yang dikeluarkan di laman sesawang NHS menasihati para ibu untuk menunggu sehingga berhenti menyusu anak sebelum mengambil suntikan vaksin Covid-19.

“Tiada bukti menunjukkan ia tidak selamat untuk diambil jika anda mengandung atau sedang menyusu bayi.

“Namun, lebih banyak bukti dan kajian diperlukan sebelum anda ditawarkan untuk mengambil vaksin berkenaan,” jelas garis panduan itu.  

Laman sesawang kerajaan United Kingdom (UK) juga mengulangi nasihat itu dengan memaklumkan ia sebagai langkah pencegahan sehingga terdapat bukti tambahan yang menyokong penggunaan vaksin bagi golongan ibu mengandung dan menyusu.   

Setakat ini, tiada ujian klinikal vaksin Covid-19 dijalankan ke atas golongan ibu menyusu.

Garis panduan itu boleh menjejaskan ratusan ribu wanita termasuk anggaran 20,000 petugas barisan hadapan.

Kira-kira 46 peratus ibu di England dilaporkan menyusu bayi berusia antara enam hingga lapan minggu pada tahun 2018 dan 2019.

Dalam pada itu, menurut Dr. Vicky Thomas dari Hospital Infant Feeding Network (HIFN), beliau memahami kebimbangan masalah itu namun menekankan bahawa tiada bukti menunjukkan vaksin tersebut bahaya bagi ibu menyusu atau anak mereka malah risikonya sangat minima. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.