Denda RM100 kerana buang kotak minuman di tempat awam

Denda RM100 kerana buang kotak minuman di tempat awam

SULTAN Mohamed Hussain hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban hari ini atas pertuduhan membuang sampah di tempat awam pada Januari lalu. -UTUSAN/NOR SHAFIQAH MOHD GHAZALI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Gara-gara membuang sampah kotak minuman di tempat awam, seorang lelaki warga India didenda RM100 dan diperintahkan menjalani perintah khidmat masyarakat (PKM) selama satu jam dalam tempoh enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Sultan Mohamed Hussain, 58, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dan memerintahkannya hukuman itu ditambah tujuh hari jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membuang sisa pepejal berupa kotak minuman di tempat awam dan bukan ke dalam bekas yang disediakan di hadapan sebuah rumah di Jalan Lavender Height 42, Taman Lavender Height kira-kira pukul 11 pagi, 5 Januari lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Subseksyen 77A(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 77A(2) akta sama.

Selain itu, tertuduh turut boleh dikenakan PKM mengikut Subseksyen 77B(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 dan sebagai tambahan, dikenakan khidmat masyarakat maksimum 12 jam secara agregat dalam tempoh tidak melebihi enam bulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×