fbpx

Hospital kurang oksigen, enam pesakit maut

SEBUAH hospital di Peshawar kekurangan bekalan oksigen hingga menyebabkan enam pesakit maut. - AGENSI

PESHAWAR: Sekurang-kurangnya enam orang termasuk lima pesakit Covid-19 meninggal dunia di sebuah hospital di sini akibat kekurangan bekalan oksigen.

Lapor BBC, terdapat lebih 200 pesakit menggunakan oksigen yang tahapnya dikurangkan susulan kekurangan bekalan.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 100 orang adalah pesakit Covid-19.

Pihak pengurusan hospital itu menyifatkan kekurangan bekalan oksigen tersebut sebagai ‘jenayah pengabaian’ dan menyalahkan syarikat pembekal.

Media tempatan melaporkan bekalan harian oksigen tidak sampai di hospital tersebut dan 300 silinder oksigen yang sedia ada tidak mampu menampung keperluan pesakit.

Sehubungan itu, Menteri Kesihatan Peshawar, Taimur Saleem Jhagra menegaskan bahawa satu siasatan akan dilakukan segera berhubung insiden berkenaan.

Sehingga kini, Pakistan merekodkan lebih 400,000 jangkitan Covid-19 dengan lebih 8,000 kematian.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN