Anthony Warner dalang letupan Nashville - Utusan Malaysia

Anthony Warner dalang letupan Nashville

KIRA-KIRA 40 bangunan musnah dalam insiden letupan di Nashville, Amerika Syarikat pada Jumaat lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang lelaki yang disyaki meletupkan bom di Nashville yang mengegarkan pusat bandar selatan Amerika Syarikat (AS) pada pagi Krismas lalu sudah dikenal pasti oleh pihak berkuasa.   

 Pihak berkuasa juga mengesahkan suspek itu meninggal dunia dalam kejadian tersebut.

Kami membuat kesimpulan bahawa seorang individu bernama Anthony Warner merupakan dalang utama dalam insiden tersebut kerana dia berada di kawasan itu ketika bom terbabit meletup.

ANTHONY WARNER

“Suspek juga disahkan juga maut dalam kejadian letupan itu,” kata pendakwa raya Persekutuan, Don Cochran dalam satu sidang akhbar.

Ejen khas bertugas di pejabat Pasukan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Memphis, Doug Korneski berkata, setakat ini, tiada petunjuk menunjukkan ada penglibatan orang lain dalam insiden tersebut walaupun pihak berkuasa masih menjalankan siasatan.

Menurut pihak berkuasa, pihaknya tidak dapat mendedahkan butiran lanjut berhubung motif serangan kerana siasatan masih berjalan. 

Pihak berkuasa bagaimanapun menyatakan Warner tidak berada dalam pertimbangan mereka sebelum kejadian letupan itu.

Semalam, polis mengenal pasti Warner, 63, sebagai `individu mempunyai maklumat’ berkaitan dengan kejadian letupan itu yang berpunca daripada sebuah kenderaan diparkir yang memberi amaran sebelum meletup.

Polis juga menyerbu sebuah rumah di Antioch, sebuah kawasan kejiranan di Nashville semalam namun enggan mengesahkan pada ketika itu sama ada mereka mempunyai suspek. 

Pihak berkuasa juga menemui tisu manusia di lokasi kejadian dan Ketua Biro Siasatan Tennessee, David Roush mengesahkan tisu yang ditemui sepadan dengan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dikesan dalam kenderaan digunakan oleh Warner. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.