Pos Malaysia lancar setem khas VM2026

Pos Malaysia lancar setem khas VM2026

CHIEW Choon Man (tengah) bersama Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohamad Amirul Rizal Abdul Rahim (kanan) dan Fiona semasa pelancaran setem khas kempen VM2026 di Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad melancarkan setem khas sempena kempen Tahun Melawat Malaysia (VM) 2026.

Setem khas itu menampilkan keistimewaan Malaysia bersama maskot rasmi, Wira dan Manja iaitu ekor beruang matahari yang melambangkan keunikan ekopelancongan negara serta komitmen terhadap pemuliharaan hidupan liar.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man berkata, setem khas kempen VM2026 itu mampu mengangkat warisan serta idenditi budaya negara.

Tambahnya, oleh itu inisiatif Pos Malaysia yang terus memainkan peranan penting dalam mengangkat filateli sebagai sebahagian daripada warisan negara sememangnya patut dihargai.

“Dengan sejarah lebih dua abad, Pos Malaysia bukan sahaja menjadi medium perhubungan rakyat malah turut merakam perjalanan sejarah dan pembangunan negara sehingga hari ini.

“Kempen ini turut membawa identiti menerusi logo, maskot dan lagu tema mencerminkan pengalaman unik serta kepelbagaian di Malaysia,” katanya dalam ucapan pelancaran setem khas VM2026 di Pejabat Pos Besar Lama, Bangunan Sultan Abdul Samad di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Pos Malaysia, Fiona Liao berkata, pelancaran setem khas itu memberikan makna mendalam sepanjang 200 tahun operasi perkhidmatan pos di negara ini sekali gus memperlihatkan bahawa setem Pos Malaysia masih kekal relevan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN