KUALA NERUS: Sisa plastik yang ditinggalkan di kawasan pulau dan perairan bukan sahaja mencemarkan alam sekitar malah menjadi ancaman besar kepada ekosistem marin termasuk terumbu karang. Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, oleh itu pihak Jabatan Perikanan (DOF) melancarkan kempen mengurangkan penggunaan beg plastik dan bekas makanan sekali guna di rangkaian pulau peranginan dalam Taman Laut Malaysia sebagai usaha menangani pencemaran marin. Beliau berkata, kempen itu menyasarkan penglibatan semua…










