Anggota Kongres AS pertama meninggal dunia akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

Anggota Kongres AS pertama meninggal dunia akibat Covid-19

LUKE LETLOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang wakil rakyat dari Louisiana dilaporkan meninggal dunia akibat dijangkiti wabak Covid-19.

Luke Letlow menjadi anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) pertama yang maut akibat penyakit tersebut.

Letlow, 41, dari parti Republikan, memenangi kerusi daerah Louisiana kelima dan dijadualkan untuk mengangkat sumpah pada Ahad ini.

Gabenor Louisiana, John Bel Edwards mengumumkan berita kematian Letlow di laman Twitter dengan menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga anggota Kongres yang dipilih itu.

“Saya amat sedih beliau tidak akan lagi berkhidmat kepada penduduk Louisiana sebagai perwakilan AS,” katanya.

Tambah Edwards, beliau sudah mengarahkan bendera negeri dikibarkan separuh tiang pada hari pengebumian Letlow.

Letlow meninggalkan isteri, Julia Barnhill Letlow dan dua anak.

“Kami menghargai doa dan sokongan sejak beberapa hari lalu dan meminta tempoh bertenang untuk menghadapi waktu yang amat sukar ini,” kata keluarga Letlow dalam satu kenyataan kepada media.   

Pada 18 Disember lalu, Letlow memaklumkan beliau positif jangkitan Covid-19 dan menjalani kuarantin di rumah.

Beliau dimasukkan ke hospital tiga hari kemudian bagi mendapatkan rawatan. – AFP     

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya