2020 antara tiga tahun paling panas - Utusan Malaysia

2020 antara tiga tahun paling panas

WMO memaklumkan tahun 2020 juga merupakan tahun kedua terpanas pernah dicatatkan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Tahun 2020 merupakan satu daripada tiga tahun paling panas yang pernah direkodkan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) dalam laporan keadaan Iklim Global pada 2020 memaklumkan tempoh 2015 hingga 2020, merangkumi kesemua enam tahun terpanas sejak rekod bermula pada 1850.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, laporan tersebut juga menunjukkan betapa hampirnya dunia berada di ambang malapateka iklim.

“Kebakaran apokaliptik, banjir, taufan semakin menjadi norma baharu.

“Manusia sedang berperang dengan alam. Ini adalah perbuatan bunuh diri,” katanya dalam satu ucapan di Universiti Columbia di New York.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung WMO, Petteri Taalas menyifatkan tahun 2020 merupakan tahun yang luar biasa untuk iklim dunia.  

“Suhu purata global pada 2020 adalah sekitar 1.2 darjah Celsius yang dilihat melebihi tahap pra-perindustrian pada era 1850-1900.

“Terdapat sekurang-kurangnya satu dalam lima peluang ia melebihi 1.5 darjah Celsius menjelang 2024,” katanya.  

Sementara itu, WMO memaklumkan tahun 2020 juga merupakan tahun kedua terpanas pernah dicatatkan.

Justeru, jelas laporan itu, dari 2015 hingga 2020 secara masing-masing `mungkin menjadi enam tahun paling hangat dalam rekod’.

Tambah laporan itu, purata suhu sepanjang lima tahun dan 10 tahun terakhir juga merupakan paling hangat dicatatkan.

Laporan keadaan Iklim Global 2020 adalah berdasarkan data suhu dari Januari hingga Oktober.

Laporan 2020 akhir akan dikeluarkan pada Mac tahun depan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.