Vaksin Moderna lindungi 75 peratus rakyat AS - Utusan Malaysia

Vaksin Moderna lindungi 75 peratus rakyat AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pegawai tertinggi penyakit berjangkit di Amerika Syarikat (AS), Anthony Fauci menyifatkan kejayaan syarikat bioteknologi Moderna menghasilkan vaksin Covid-19 dengan 94.5 peratus keberkesanan sebagai ‘sangat membanggakan’.

Menerusi wawancara bersama AFP, Fauci menyatakan bahawa vaksin tersebut boleh melindungi 70 hingga 75 peratus penduduk negara ini daripada jatuh sakit atau dijangkiti wabak Covid-19.

“Penghasilan vaksin tersebut yang mempunyai tahap keberkesanan melebihi 90 peratus amat membanggakan dan saya tidak rasa pihak lain boleh mencapai kejayaan sebagus ini,” katanya.

Vaksin itu dihasilkan dengan teknologi messenger RNA (mRNA) yang ciri-cirinya diprogram menggunakan molekul sintetik.

Tiada vaksin yang dihasilkan menggunakan teknologi tersebut pernah diluluskan sebelum ini.

Semalam, Moderna mengumumkan bahawa ujian klinikal terhadap 30,000 responden yang dijangkiti Covid-19 menunjukkan vaksin tersebut berkesan 94.5 peratus untuk mencegah jangkitan koronavirus.

Dalam pada itu, syarikat farmaseutikal Pfizer mula melancarkan program penghantaran vaksin ke empat negeri di AS sebagai pemantauan.

Hal ini kerana vaksin yang dihasilkan oleh Pfizer memerlukan suhu terlalu rendah dan keadaan itu menyukarkan proses penghantaran secara menyeluruh.

Vaksin keluaran syarikat tersebut perlu disimpan pada suhu -70 darjah Celsius berbanding vaksin biasa hanya hanya memerlukan suhu serendah 2 hingga 8 darjah Celsius. – AFP/REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya