Tiada penipuan undi pilihan raya presiden AS - Utusan Malaysia

Tiada penipuan undi pilihan raya presiden AS

PENUNJUK perasaan memegang plakad tertulis 'kira semua undi' dalam demonstrasi di Portland, Oregon. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pihak berkuasa pilihan raya Amerika Syarikat (AS) mengesahkan tiada sebarang bukti menunjukkan berlaku penipuan dalam sistem pengundian atau pengundi mengubah serta menghilangkan undi mereka.

Kenyataan itu dibuat selepas Presiden Donald Trump dan Parti Republikan mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya presiden baru-baru ini yang menyaksikan Joe Biden dari Demokrat menang.

“Pilihan raya yang berlangsung pada 3 November lalu merupakan pilihan raya paling selamat dan terjamin dalam sejarah AS.

“Tiada sebarang bukti menunjukkan sistem pengundian terganggu sehingga membolehkan berlaku penyelewengan undi,” jelas kenyataan tersebut.

Pihak berkuasa pilihan raya itu juga menyatakan mereka memberi jaminan bahawa pilihan raya yang diadakan mengikut undang-undang serta peraturan yang ditetapkan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Majlis Penyelaras Infrastruktur Pilihan Raya Kerajaan dan Agensi Keselamatan Infrastruktur dan Keselamatan Siber (CISA).

Kenyataan itu juga ditandatangani oleh Pengarah Persatuan Pilihan Raya Negeri Kebangsaan dan  Persatuan Setiausaha Negeri yang menguruskan pilihan raya di peringkat negeri di seluruh AS. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.