Telefon pintar boleh cuci pertama di dunia - Utusan Malaysia

Telefon pintar boleh cuci pertama di dunia

TELEFON Pintar Cat S24 boleh dicuci secara berkala menggunakan air dan sabun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah syarikat pengeluaran telefon bimbit yang berpangkalan di Reading, United Kingdom (UK)  berjaya mencipta telefon pintar anti bakteria pertama di dunia yang dilengkapi dengan teknologi menghentikan penyebaran kuman.

Lapor Daily Mail, telefon pintar dinamakan sebagai Cat S42 masih di peringkat awal pembuatan, namun mempunyai ketahanan lebih kuat dan lama serta pelbagai fungsi berbanding gajet lain.

Katanya, telefon tersebut boleh dibeli dengan harga 229 pound (RM1,243) seunit setiap satunya dilengkapi dengan teknologi anti bakteria Biomaster dan dijangka berada di pasaran pada awal 2021.

Syarikat yang membangunkan telefon tersebut iaitu Bullit berharap dapat membawa ciri yang sama ke dalam telefon siri Cat pada akhir tahun depan dengan harga 380 pound (RM 2,063) untuk siri S52 dan 599 pound (RM3,252) bagi S62 dengan teknologi pengimejan termal.

“Penyebaran bakteria boleh dicegah menggunakan plat ion perak yang dimasukkan ke dalam telefon pintar ketika proses pembuatan dilakukan,” jelas syarikat tersebut.

Menurut Bullit, biarpun plat ion tersebut tidak aktif meneutralkan bakteria atau virus termasuk Covid-19, namun ia masih mampu menghentikan penyebaran patogen.

Syarikat Bullitt turut mendakwa ejen anti mikro bakteria Biomaster boleh mengurangkan bilangan bakteria sebanyak 80 peratus dalam masa 15 minit dan 99.9 peratus dalam masa 24 jam.

Perkara tersebut turut ditegaskan Naib Presiden Bullit Group, Peter Cunningham yang memaklumkan telefon pintar itu direka untuk tahan lasak. Kalis air serta boleh dicuci secara berkala dengan sabun dan air.

“Ini sangat penting bagi pelanggan kami yang bekerja dalam sektor kesihatan atau penjagaan sosial mereka yang sering ke pelbagai tempat sebagai skop kerja.

“Menggunakan telefon yang boleh dicuci dapat meningkatkan keyakinan pengguna, selain teknologi anti bakteria yang digunakan adalah yang pertama dalam penghasilan telefon pintar,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya