Tawar gaji pengasuh RM379,830 - Utusan Malaysia

Tawar gaji pengasuh RM379,830

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON:  Sebuah keluarga yang kaya-raya berketurunan Rusia-Amerika Syarikat (AS) mencari pengasuh sepenuh masa dengan tawaran gaji sebanyak  70,000 pound (RM379,830).

Lapor Mirror, keluarga itu mencari pengasuh untuk menjaga dua anak mereka yang berusia tiga tahun dan sembilan bulan di sebuah rumah yang dilengkapi lapan bilik tidur di Knightsbridge, London.

Katanya, iklan jawatan itu disiarkan dalam Facebook oleh syarikat pengambilan pekerjaan di Polo dan Tweeds meminta pengasuh yang mempunyai pengalaman bekerja dengan bayi dan bersedia menyelami  kehidupan keluarga dan rutin harian mereka. 

“Pengasuh diperlukan secepat mungkin untuk menggantikan pengasuh sedia ada yang akan bercuti. Individu mesti berbahasa Inggeris dengan baik dan mempunyai kebolehan  bahasa lain adalah kelebihan.

“Selain itu, pemohon mesti bersedia bersama keluarga dan mengembara ke seluruh dunia,” ujarnya.

Tambah laporan itu, mana-mana calon yang berhasrat mesti berpengetahuan tentang pemakanan sihat kerana mereka diminta memasak untuk anak-anak ketika tukang masak sambilan tidak bekerja.

Katanya, pengasuh hanya perlu menjaga kanak-kanak itu kerana tugas mengemas dan memandu akan dilakukan orang lain.

“Faedah pekerjaan merangkumi jangka masa satu minggu dan sehari cuti serta gaji 70,000 pound. 

“Calon yang bertuah akan  tinggal  di rumah ketika pasangan tersebut tiada, sementara mereka akan mempunyai bilik tidur dan tandas mereka sendiri,” jelasnya.

Pengasuh juga akan membantu pasangan itu pada waktu petang untuk memandikan  dan menidurkan anak-anak mereka.

“Anda harus mempunyai sikap menyenangkan, sabar dan yang paling penting sekali untuk proses perkembangan dan pendidikan mereka.

“Iklan jawatan tersebut diperlukan secepat mungkin dan proses pengambilan dibuat berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya