fbpx

Sabun buku termahal dunia dijual RM11,462

SABUN termahal dunia diperbuat daripada serbuk emas dan berlian dijual pada harga AS$2,800. - PAUL GAURDIAULT/UNSPALSH

BEIRUT: Sebuah kilang membuat sabun yang beroperasi sejak abad ke-15 di sini mendakwa menjual sabun buku termahal di dunia pada harga AS$2,800 (RM11,462).

Lapor Oddity Central, sabun jenama Khan Al Saboun itu didakwa mengandungi serbuk emas dan berlian, sekali gus menjadikan harganya sangat mahal.

Produk tersebut dikeluarkan oleh syarikat Bader Hassen & Sons yang memiliki sebuah kilang di Tripoli, Lubnan. 

Kilang itu terkenal kerana sering menghasilkan pelbagai produk sabun dan penjagaan kulit mewah yang mengandungi minyak pati dan wangian semula jadi

Produk kilang itu juga dijual di beberapa premis eksklusif di Dubai dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) namun produk paling mahal hanya ditawarkan kepada tetamu istimewa, termasuk individu penting.  

Sabun mewah itu dihasilkan buat pertama kali pada 2013 sebagai hadiah kepada Wanita Pertama Qatar.

Sebuah video yang menunjukkan ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Amir Hasen menyerahkan sabun termahal dunia kepada pelakon wanita terkenal Bahrain, Shaila Sabt menjadi tular dalam media sosial.

Rakaman video itu turut menunjukkan sabun tersebut mempunyai ukiran tangan nama Shaila dan disadurkan dengan emas 24 karat.

Menurut Amir, sabun mewah itu tidak menyakitkan kulit disebabkan teksturnya yang mengandungi serbuk emas dan berlian. 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN