Rusia rancang jalani penggambaran filem di ISS - Utusan Malaysia

Rusia rancang jalani penggambaran filem di ISS

RUSIA dalam persaingan dengan Amerika Syarikat untuk menghasilkan filem pertama yang menjalani penggambaran di angkasa lepas. - CHANNEL 1
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Rusia mahu melawan Amerika Syarikat (AS) dalam menghasilkan filem pertama yang menjalani penggambaran di angkasa lepas.

Lapor Daily Mail, Agensi Angkasa Russia, Roscosmos sedang bekerjasama dengan saluran televisyen terbesar negara itu, Channel One untuk mencari artis sesuai untuk melakonkan watak `superwoman’ dalam filem tersebut.    

Pelakon wanita utama dalam filem Rusia, The Challenge akan dikenal pasti menerusi beberapa siri uji bakat di Channel One.  

Pelakon itu harus berumur 25 hingga 45 tahun dengan ukur lilit dada sehingga 11.7 sentimeter selain kemampuan untuk mendeklamasikan puisi `surat Pushkin daripada Tatiana kepada Eugene Onegin’ dengan sempurna.

Sebelum ini Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) memaklumkan sedang bekerjasama dengan pelakon Hollywood, Tom Cruise untuk merakamkan filem di Stesen Angkasa.

Berdasarkan laporan agensi berita Rusia TASS, pada awalnya, penerbit mahu pelakon lelaki membintangi filem tersebut namun berpandangan skripnya lebih menarik jika seorang wanita melakonkan watak tersebut.

“Kami sedang mencari wanita yang boleh berlakon di bumi dan menjalani persiapan untuk ke angkasa lepas. Mereka perlu mengharungi pelbagai situasi ketika penggambaran filem dalam keadaan graviti sifar.

“Inilah pertama kali pihak kami berdepan dengan tugasan yang agak mencabar, jadi kami bukan hanya mencari pelakon wanita malah seorang superhero yang sebenar,” kata penerbit, Alexey Trotsyuk.   

Filem drama angkasa Rusia itu merupakan projek kerjasama yang melibatkan Roscosmos, Channel One dan Yellow, Black and White Studio. 

Dalam pada itu, individu yang dipilih dalam sesi uji bakat itu bakal menjalani latihan di pusat latihan kosmonaut serta harus mendapat kelulusan daripada pesuruhjaya penerbangan.

Pelakon wanita utama itu juga akan berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada akhir tahun 2021 bersama seorang lagi pelakon dan pengarah filem.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya